Kepala Desa

Kepala Desa ialah ketua desa di Indonesia. Tempoh jawatannya enam tahun yang boleh diperpanjang lagi untuk satu penggal. Beliau tidak bertanggungjawab kepada Camat, tetapi hanya diselaraskan olehnya. Jawatan Kepala Desa juga disebut dengan nama lain, misalnya Wali Nagari di Sumatera Barat, Pambakal di Kalimantan Selatan, dan Hukum Tua di Sulawesi Utara.Istilah Lurah sering kali dikelirukan dengan jawatan Kepala Desa. Sememangnya secara sejarah, ketua desa di Jawa umumnya dikenali sebagai Lurah. Namun dalam konteks Kerajaan Indonesia, sebuah kelurahan diketuai oleh seorang Lurah, manakala sebuah desa diketuai oleh Kepala Desa. Tentu sahaja kedua-duanya berbeza kerana Lurah adalah pegawai perkhidmatan awam yang bertanggungjawab kepada Camat, manakala Kepala Desa biasanya dijawat oleh sesiapa sahaja yang memenuhi syarat (biasanya berbeza-beza antara satu desa sama lain), dan dipilih secara langsung oleh penduduk desa setempat melalui Pilihan Raya Kepala Desa (Pilkades).